Bengkel ICT Masjid-masjid Negeri Sabah Siri 2

Tarikh: 2022-06-29

29/6/2022 Bengkel ICT Masjid-masjid Negeri Sabah Siri 2 berlangsung pada 27-29 june 2022. Program ini merupakan kerjasama tiga (3) agensi iaitu: Himpunan masjid-masjid Negeri Sabah, Jabatan hal ehwal agama islam, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri. Objektif penganjuran bengkel ict ini adalah memberi pendedahan mengenai penggunaan aplikasi ICT dan teknologi baharu yang menggalakkan penggunaan pendigitalan khususnya di peringkat Masjid-masjid Negeri Sabah dan seterusnya berupaya untuk membawa perubahan yang positif bagi setiap masjid, komuniti mahupun individu secara keseluruhannya.